Minggu Fesyen New York ini menyaksikan Victoria Beckham melangkah setapak lagi dengan melancarkan koleksi kasut sendiri di pentas peragaan Spring 2015. Kasut-kasut itu terdiri daripada pelbagai jenis seperti flat, platform besar hitam dan leopard serta kasut oxfords tajam dihiasi bunga ros merah jambu.