#NYFW: Hello to Next Season's Kate Spade

#NYFW: Hello to Next Season’s Kate Spade

Oleh Yusairi Fitri

Gambar : Kate Spade New

 

Februari, bulan sibuk dalam kalendar fesyen global. Di mulai dengan Minggu Fesyen New York telah membuka arena dengan penuh bertenaga seperti tahun-tahun sebelumnya. GLAM terbang ke kota New York  untuk menyaksikan sendiri barisan jenama fesyen seperti Kate Spade, Tory Burch, Coach, Michael Kors dan lainnya membentangkan ceraian dan aksesori yang bakal menjadi ikutan enam bulan dari sekarang. Sama ada label besar yang telah kukuh bertapak atau jenama kecil yang  baru berjinak untuk menembusi pasaran, masing-masing punya satu persamaan iaitu berkongsi elemen trend yang sama. Warna terang, flamobyant ruffled, tie dye, patchwork, quilting dan cetakan safari antara elemen penting yang perlu memenuhi gerobok anda, so buckle up ladies!

 

KATE SPADE: TREND ALERT

 

Melangkah setapak lebih berani, Nicola Glass menyimpulkan bahawa ceraian dan aksesori musim luruh/sejuk perlu disuntik dengan rasa 70-an namun masih mengekalkan DNA signtur jenama ikonik ini. Melihat himpunan musim ini Glass tidak memberikan perincian semata-mata pada aksesori kerana ceraian yang melewati pentas memberikan nafas baru dalam mentafsirkan semula defini glamor wanita New York.  Rich mix, feminin dan gaya effortless diterjemah sempuna pada alunan siluet dan potongan ceraian.

See also
Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

 
GLAM PICKS:

UNGU RADIKAL

[envira-gallery id=”88639″]

RENCAH SAFARI

[envira-gallery id=”88650″]

LOGO MANIA

[envira-gallery id=”88653″]

LACE UP

[envira-gallery id=”88658″]