Dia digelar sebagai wanita multidimensi. Genius dalam pelbagai bidang fesyen, malah dia juga merupakan pemilik lama web GaryPepperGirl yang sering menjadi intipan ramai.
Empunya diri, Nicole Wayne wanita kacukan Jepun ini mencipta sejarah tersendiri bergelar usahawan muda pada usia 20 tahun dengan memiliki syarikat teknologi.
Pada 2012, dia blogger pertama yang beraksi di pentas peragaan Minggu Fesyen Mercedes Benz Australia. Tuahnya terus berada di kemuncak apabila wajahnya seringkali tampil dalam majalah fesyen antarabangsa.