Next Stop: Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Di London! - Glam Malaysia

Next Stop: Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Di London!

Koleksi kolaborasi terbaru Tommy Hilfiger x Gigi Hadid yang diumumkan sebelum ini nampaknya bakal dipersembahkan kepada golongan fesyen di London dengan konsep “see-now-buy-now” lagi sekali menurut WWD.

 

Sebelum ini Tommy Hilfiger dan gigi Hadid telah menggegarkan Pier 16 di New York dan Venice Beach di LA untuk kolaborasi mereka dan telah menerima kritikan yang memberangsangkan.

 

Lokasi yang telah dipilih untuk pertunjukan fesyen mereka pada 19 September ini adalah Roundhouse, London (sebuah lokasi konsert yang pernah menyaksikan Pink Floyd, Elton John, dan Jimi Hendrix). Ini secara tidak langsung menjadikan pertunjukan Tommy Hilfiger x Gigi Hadid sebagai finale Minggu Fesyen London.

 

Pertunjukan mereka yang akan datang ini juga menunjukkan matlamat dan visi Hilfiger untuk membawa acara fesyen mega seperti ini ke bandar-bandar besar dan penonton peringkat global.

 

“Visi saya untuk TommyNow adalah untuk menghasilkan landasan global yang kami boleh bawah menjelajah dan membawa pengalaman pertunjukan kami kepada penonton di serata dunia,” nyata Hilfiger.

See also
Kourtney Kardashian Isytihar Perang Terhadap Victoria Beckham

Hilfiger berhasrat untuk menggabungkan fesyen, hiburan, dan pop budaya dengan pengalaman, persembahan.

 

Koleksi musim luruh mereka kali ini diinspirasikan oleh cinta Hilfiger kepada stail “rock and grunge” daripada tahun 90-an dan warisan London dalam hal fesyen dan muzik menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk meraikan pertunjukan TommyNow.