Wajib Tonton Netflix: Next In Fashion Kini Kembali!
Kembali dengan 12 pereka fesyen dengan idea lebih kreatif dan segar. Kali ini, Next In Fashion menampilkan Gigi Hadid sebagai pengacara gandingan terkini Tan France!
Sudahkah anda menonton sampai habis rancangan ini? Jika belum, anda patut mula binge-watching musim terbaru Next In Fashion ini! Mula ditayang di Netlfix 3 Mac yang lalu, program realiti ini hangat menjadi bualan pencinta fesyen seluruh dunia.
12 orang pereka fesyen yang terpilih hasil uji bakat yang diadakan di seluruh Amerika Syarikat ini bertanding untuk memenangi hadiah istimewa iaitu wang tunai sebanyak $200,000 serta berpeluang melancarkan koleksi mereka di platform fesyen popular Net-a-Porter.
Pereka fesyen ini adalah Amari Carter, Danny Godoy, Bao Tranchi, Deontré Hancock, Courtney Smith, James Ford, Desyrée Nicole, Nigel Xavier, Eliana Batsakis, Qaysean Williams, Megan O’Cain dan Usama Ishtay.
Beberapa Fakta Menarik Tentang Siri Next In Fashion Musim Kedua!