Bella Hadid nama yang cukup bertuah dilahirkan 19 tahun lalu hasil perkongsian hidup bekas peragawati terkenal, Yolanda bersama hartawan dan pemaju tanah Mohamed Hadid. Dibesarkan dalam rumah agam yang bernilai ratusan juta ringgit dan menerima layanan mewah sejak kecil bukanlah tiket untuk dia bermalas-malasan. Tahun lepas, dia mendaftar di agensi IMG Models dan memulakan pentas pertama bersama Desigual di New York dan terbaru, dia bersama skuad King Karl di pentas mewah Chanel. Dengan itu bermulanya empayar ciptaannya setelah Balmain, Marc Jacobs, Topshop dan Joe’s Jean menggunakan khidmatnya untuk menghiasi kempen mereka.