Use your ← → (arrow) keys to browse
New Balance dan jenama papan selaju serta pakaian jalanan yang berpangkalan di London, Palace Skateboards, telah berganding bahu dalam memperkenalkan semula siluet kasut 580.
Foto: New Balance
New Balance memperkenalkan semula Sneaker Klasik 580 atau juga dikenali sebagai MT580, Dianggap legenda kerana ia merupakan antara kasut pertama yang diperkenalkan kepada dunia. Kerana sejarahnya yang amat bermakna menjadikan ia sebuah produk yang sempurna untuk dijadikan gandingan dua jenama terkenal ini.
Popular di kalangan masyarakat Jepun sewaktu akhir tahun 90-an yakni ketika model kasut ini dikeluarkan lantas kini dikembalikan rasa nostalgia yang sama seperti yang mereka lalui ketika itu. Walau bagaimanapun, sebagai karya kerjasama, sudah tentu terdapat perubahan baru terutama sekali pada rekaan bentuk keseluruhan kasut.