Dior tampil dengan koleksi beg baru dinamakan Diorama. Disuntik gaya urban kontemporari, bag ini diperbuat daripada kulit kambing serta tali rantai metalik. Datang dalam pelbagai warna klasik, lambang Dior diberi interpretasi gaya baru yang lebih besar manakala motif cannage dibias rasa kontemporari couture.