Naomi Campbell Hangatkan Pembukaan Minggu Fesyen London

Naomi Campbell Hangatkan Pembukaan Minggu Fesyen London

LFW: Fashion For ReliefGambar: TPGVIP

 
Selepas beraksi di Minggu Fesyen New York, supermodel Naomi Campbell terus hangatkan Minggu Fesyen London dengan berjalan di pentas Fashion For Relief bagi mengutip dana untuk virus Ebola.
 

The Fashion For Relief show is in support of EbolaGambar: TPGVIP

 
Fashion For Relief adalah sebuah pertunjukan fesyen amal yang mula diasaskan Naomi pada tahun 2005 dan telah berjaya mengutip jutaan dolar bagi tujuan kebajikan berbeza. Menarik mengenai pementasan kali ini adalah ianya turut disertai selebriti serta peragawati terkemuka seperti Jourdan Dunn, Georgia May Jagger, Daisy Lowe, Pixie Lott, Sarah Ferguson dan Vivienne Westwood. Manakala antara jenama yang terlibat adalah Dolce & Gabbana, Balmain, Versace, Marchesa, Azzedine Alaia dan banyak lagi.