Kelahiran Semula Saddle Bag Dior Dengan Magis Moden

Nafas Baru Saddle Bag Dior Visi Maria Grazia Chiuri

Masih lagi dalam kembaranya untuk menzahirkan semula arkib-arkib Dior, Maria Grazia Chiuri kali ini memberi sentuhannya sendiri kepada beg ikonik Saddle dan merupakan salah satu warisan yang ditinggalkan John Galliano selaku pengarah kreatif Dior pada waktu itu. Saddle membuat kemunculan pertamanya di atas pentas peragaan Dior melalui koleksi musim bunga/panas 2000 yang diinspirasikan oleh dunia equestrianism dengan rekaan serupa pelana.

 

Populariti beg ini melonjak naik dengan bantuan selebriti seperti Beyoncé, Sarah Jessica Parker, dan Elle Macpherson yang menunjukkan minat mereka terhadap Saddle.

4 of 6

Kozue Akimoto

Gambar Francois Durand/Getty Images