Moschino Spring/Summer 2022’s 8 Best Looks - Glam Malaysia
Moschino Spring/Summer 2022’s 8 Best Looks

Moschino Spring/Summer 2022’s 8 Best Looks

MOSCHINO MUSIM BUNGA 2022 MENGHADIRKAN INTERPRETASI KEMBALI GAYA AWAL ‘90-AN, SEMASA WATAK TV THE NANNY LAKONAN FRAN DRESCHER MENGINTIP POPULAR. 

Acara Moschino musim bunga 2022 dianjurkan di Bryant Park. Ada kisah disebaliknya, yang mana Jeremy Scott memilih lokasi Bryant Park sebagai penghormatan awal kerjayanya di New York. Sekitar era ‘90-an. Pada masa itu, Bryant Park adalah pusat utama Minggu Fesyen, terbinanya khemah gergasi di lokasi tersebut. Cukup ikonik. 

“Ladies who lunch”, menghasilkan konsep Moschino untuk musim ini. Dari penggunaan dan eksplorasi warna beragam. Ia menggunakan palet warna terang, ceria dan berkarakter yang berekspresi. Menggabungkannya menjadi variasi yang meriah dan menyeronokkan. 

Karakter TV ikonik, The Nanny lakonan Fran Drescher turut mempengaruhi Jeremy berkarya koleksi Moschino musim ini. Fran Drescher antara figura yang kerap menyarung rekaan Franco Moschino, seperti sut multi rona dengan potongan yang tegas dan square, sehingga dilabel sebagai penampilan ikonik. 

Label Moschino turut meraih populariti sebabnya. Seterusnya, Jeremy pentaskan ‘power suits’, skirt pendek berpadan jaket dan cropped jacket yang memberikan corak tersendiri. 

See also
Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab

Ragam busana bergaya formal dalam palet cerah khas Moschino serta sejumlah aksesori yang juga tampak unsur komedi. Ilustrasi kartun pada deretan gaun dan skirt sebagai opsyen bergaya ‘quirky’ yang sungguh menawan. A fun collection for the Spring season.