Momen Ikonik Selebriti Menyarung Idea Alessandro Michele Di Karpet Merah - Glam Malaysia

Momen Ikonik Selebriti Menyarung Idea Alessandro Michele Di Karpet Merah

Daripada trend A$AP Rocky menyarung selendang sutera hingga ke Jared Leto membawa kepala tiruannya di Met Gala 2019, kesemua momen ikonik epik ini adalah idea Alessandro Michele sendiri.

Tarikh 23 November 2022, kita dikejutkan dengan berita pengunduran Alessandro Michele daripada jawatannya sebagai Pengarah Kreatif di Gucci. Ternyata berita tersebut menyedihkan ramai pihak kerana pereka itu sudah menyandang selama tujuh tahun lamanya jawatan tersebut dan sudah berkerja bersama Gucci lebih 20 tahun. Jika anda tahu keperibadian juga esen yang dimiliki Michelle dalam melakar gaya, beliau ini sering mengaitkan elemen romantik juga pendekatan beraninya dalam mengetengahkan keseragaman jantina pada jenama ini. Di samping menggiatkan semula koleksi ready-to-wear Gucci, beliau juga telah dikreditkan dengan beberapa look ikonik karpet merah yang menjadi ingatan ramai hingga ke hari ini. 

Michelle menerusi kenyataannya di Instagram,

Selama tempoh yang panjang ini, Gucci adalah ibarat rumah juga keluarga angkat saya. Kepada keluarga besar ini, kepada semua individu yang telah menjaga dan menyokong saya selama ini, saya ingin mengucapkan terima Kasih yang tidak terhingga, terimalah pelukan paling tulus daripaa saya. Bersama mereka inilah, saya berharap, bermimpi juga membayangi. Tanpa mereka, apa yang saya bina mungkin tidak dapat dicapai hari ini.

Jika anda merupakan pengikut setia idea kreatif Alessandro Michele, pasti anda akan mengenali beberapa look yang pernah digaya selebriti yang menjadi bualan hangat dunia fesyen. Masih ingat lagi Jared Leto sewaktu di Met Gala 2019 dengan tema “Camp: Notes on Fashion” membawa replika kepalanya sama seperti look yang dapat dilihat di pertunjukan fesyen Gucci Fall Winter 2018. 

See also
Syaiful Baharim Cruise 2015/2016

Kemudian A$AP Rocky tampil menyarung selendang sutera bunga-bungaan membaluti kepalanya dan dipadan bersama jaket jacquard dan DIY tuxedo daripada Gucci di malam gala LACMA 2018. Distailkan oleh Michele, gaya babushka ini terus-menerus menjadi bualan peminat fesyen, terima kasih buat Michelle yang mengembalikan kehangatan trend ini. 

Teringat Billie Eilish di momen karpet merahnya baru-baru ini di LACMA Art + Film Gala 2022, di mana Billie hadir bersama teman lelaki, Jesse Rutherford, dalam balutan selimut Gucci monogram sambil memadu baju tidur yang sepadan. Dan masihkah anda semua ingat lagi, look Billie di Met Gala 2022, di mana dia menyarung gaun Gucci vintaj? Cukup ikonik!

Ramai yang meninggalkan ucapan di Instagram, antaranya peragawati Naomi Campbell,

Thank you @alessandro_michele for your creations and sharing your dreams with us, and thank you for embracing the young creatives from Africa and emerging markets. Wishing you tons of blessings on your next chapter.

Billie Eilish, Alessandro Michele dan Jared Leto di Met Gala 2022

See also
Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X Gucci Flora

 

Gambar: Getty Images

 

Pautan Berkaitan: Bintang Game Of Thrones, Wilko Johnson Meninggal Dunia