Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

It's always nice untuk menyaksikan generasi baru mula menampakkan perubahan yang mereka mampu bekalkan dengan aura mereka dan hal ini jelas sekali sewaktu Minggu Fesyen New York yang baru sahaja berakhir.

 

Nama-nama seperti Cindy Crawford, Lionel Richie, Bob Marley, dan Helena Christensen merupakan nama yang tidak asing lagi untuk generasi yang membesar waktu era mereka. Setiap satu mempunyai kepakaran mereka. Nampaknya bakat dan aura mereka seperti diwarisi oleh anak-anak mereka juga.

 

Kaia Gerber, anak kepada supermodel Cindy Crawford, baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-16 namun umurnya dia sudah pun memperagakan pakaian untuk Calvin Klein, Alexander Wang, dan Fenty. Sofia Richie pula berjalan buat pertama kali sambil disaksikan bapanya untuk pertunjukan Jeremy Scott. Anak lelaki dan anak saudara Chistensen juga turut tampil di atas pentas peragaan Calvin Klein.

 

The new gen is taking over fashion week! GLAM senaraikan nama-nama model generasi baru yang mewarisi bakat modelling dalam keluarga mereka.

9 of 9

Sofia Richie

NYFW 2018 bukanlah kali pertama Sofia Richie membuat penampilannya di atas pentas peragaan, namun ini merupakan kali pertama pertunjukannya disaksikan oleh bapa dan ibunnya, Lionel Richie dan Diane Alexander.