Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

It's always nice untuk menyaksikan generasi baru mula menampakkan perubahan yang mereka mampu bekalkan dengan aura mereka dan hal ini jelas sekali sewaktu Minggu Fesyen New York yang baru sahaja berakhir.

 

Nama-nama seperti Cindy Crawford, Lionel Richie, Bob Marley, dan Helena Christensen merupakan nama yang tidak asing lagi untuk generasi yang membesar waktu era mereka. Setiap satu mempunyai kepakaran mereka. Nampaknya bakat dan aura mereka seperti diwarisi oleh anak-anak mereka juga.

 

Kaia Gerber, anak kepada supermodel Cindy Crawford, baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-16 namun umurnya dia sudah pun memperagakan pakaian untuk Calvin Klein, Alexander Wang, dan Fenty. Sofia Richie pula berjalan buat pertama kali sambil disaksikan bapanya untuk pertunjukan Jeremy Scott. Anak lelaki dan anak saudara Chistensen juga turut tampil di atas pentas peragaan Calvin Klein.

 

The new gen is taking over fashion week! GLAM senaraikan nama-nama model generasi baru yang mewarisi bakat modelling dalam keluarga mereka.

6 of 9

Amelia Gray Hamlin

Pada usia 16 tahun, Amelia Gray Hamlin, telah membuat debutnya sebagai seorang model di NYFW untuk pereka Dennis Basso sebagai pembuka dan juga penutup untuk pertunjukan tersebut. Amelia terus memnangi perhatian industri untuk rupanya yang menawan. Ibunya merupakan bintang realiti TV “Real Housewives of Beverly Hills” Lisa Rinna dan bapanya pula Harry Hamlin