Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

It’s always nice untuk menyaksikan generasi baru mula menampakkan perubahan yang mereka mampu bekalkan dengan aura mereka dan hal ini jelas sekali sewaktu Minggu Fesyen New York yang baru sahaja berakhir.

 

Nama-nama seperti Cindy Crawford, Lionel Richie, Bob Marley, dan Helena Christensen merupakan nama yang tidak asing lagi untuk generasi yang membesar waktu era mereka. Setiap satu mempunyai kepakaran mereka. Nampaknya bakat dan aura mereka seperti diwarisi oleh anak-anak mereka juga.

 

Kaia Gerber, anak kepada supermodel Cindy Crawford, baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-16 namun umurnya dia sudah pun memperagakan pakaian untuk Calvin Klein, Alexander Wang, dan Fenty. Sofia Richie pula berjalan buat pertama kali sambil disaksikan bapanya untuk pertunjukan Jeremy Scott. Anak lelaki dan anak saudara Chistensen juga turut tampil di atas pentas peragaan Calvin Klein.

 

The new gen is taking over fashion week! GLAM senaraikan nama-nama model generasi baru yang mewarisi bakat modelling dalam keluarga mereka.

See also
GLAM Persona: Bay & May Ready To Rule 2023

1 of 9

Kaia Gerber

 

Foto Gerardo Somoza/startraksphoto.com

Tahun lalu sahaja, pada usia 15 tahun, Gerber telah pun memulakan kerjayanya sebagai model dengan kempen untuk Miu Miu dan Marc Jacobs. Dia tidak boleh menyertai sebarang pertunjukan tahun lalu namun untuk tahun ini dia menyambut hari lahirnya yang ke-16 beberapa hari sebelum NYFW dan straight to business untuk gadis muda ini. Gerber juga mengakhiri NYFW pertamanya with a bang sebagai penutup pertunjukan terakhir musim ini untuk Marc Jacobs.