Apa yang mahu dilantangkan oleh Donatella melalui himpunan ini adalah Versace bukan hanya helaian yang seronok dilihat dipentas peragaan malah ia adalah ceraian yang pelu disarung pada hari biasa, bila-bila masa. Mengambil inspirasi dari ais, kebanyakan warna yang digunakan adalah biru dan palet pastel. Rekaannya tampak ringkas namun menggunakan teknik yang sangat rumit. Seperti mendapatkan fur fading outcolour serta perincian zip yang banyak terdapat dalam himpunan ini. Malah zip ini turut memberi fungsi pada dress, yakni bagi menonjolkan lagi ilusi seksi!