Strong Chemistry
Paul Andrew mempunyai kategori wanita tersendiri. Matang dalam pilihan teknikal dan pakar dalam mewujudkan keseronokan. Salvatore Ferragamo 2020 punya pautan talian yang akrab dulu dan kini serta skulptur abad ke-16 menjadi corak buat musim bunga 2020 nanti.
Mungkin selepas ini Paul Andrew lebih percaya akan keberkatan, always-put- your-family–first. Memori yang digambarkan menerusi himpunan ini adalah berasal dari kepingan gambar kenangan dia dan abangnya dirakam oleh ibu sewaktu kembara sekitar 80-an. Setiap desiran suasana, cuaca, hingga keadaan ketika itu dimanipulasi kembali lalu menafsir satu gaya baru buat wanita Salvatore Ferragamo musim bunga 2020 akan datang. Keakraban himpunan ini dengan Paul Andrew bukan semata sekeping gambar, malah ia adalah pautan perasaan dulu dan sekarang justeru mengembalikan keseronokan, kebebasan, keharmonian langsung kelantangan jiwa tanpa batasan, because we were once live our lives on a aesthetic level.
Rotonda Della Besana mengumpulkan early riser hari keempat berlangsungnya Minggu Fesyen. Kira-kira lebih kurang 30 minit masa diambil dari pejabat utama jenama ini untuk sampai ke lokasi ini. Ferragamo turut membingkiskan tanaman hijau bagi mengekalkan keindahan kawasan disini. Seni bina berbentuk sfera dengan panahan sinar mentari pagi memberikan suasana yang teratur, kemas dan semulajadi sempurna, tidak overly done and everything seems organic. Yang dibina kala itu hanya kerusi (kesemuanya front row) dan platform yang menghubungkan belakang pentas menuju ruang sfera banggunan. Tiga wakil dari Malaysia termasuk saya yang diterima masuk secara rasminya menonton sejarah baru buat jenama Itali ini.
Tepat jam 10 pagi model Binx Walton dalam persalinan serba putih berjalan dihadapan saya bersama iringan lagu “Who’s That Girl” oleh Eurythmics. It was a really good start, seleksi lagu yang membawa nostalgia yang indah! Terutama apabila show dibuka dengan gambaran purity dan adunan chic turut digarap sama. Baju knit backless dan skirt pendek potongan bubble diganding bersama kasut pump keluarga terbaru inspirasi Vara pumps. Viva adalah nama dengan rekaan lebih panjang, pointy dan reben lebih besar dalam warna senada mewakili wanita terbaru Ferragamo.
Selatan Itali adalah percutian yang membawa mindanya mengembara dalam fabrik lembut, siluet minimal tapi ada yang dilantangkan dengan warna biru kobalt, merah tangerin, coklat kayu hingga merah jambu blush. Mewakili perasaan seronok, sun-drench innocence dalam konteks lebih moden dan mendalam. Ekspresi yang jelas pada pilihan fabrik, kapas poplin diterjemah dalam garapan mewah buat blazer, seluar labuh hingga dress baldu yang sangat ringan dan lembut. Cetakan dalam siri ini juga diambil dari gambar inspirasinya turut sama menyatukan roh moden bersama 80-an malah turut mendukung sejarah menerusi cetakan skulptur Fontaine of Neptune abad ke-16 yang terdapat di Florence juga merupakan skulptur dibawah jagaan Ferragamo. Paul Andrew turut menegaskan teknik jahitan tailoring antara yang memainkan peranan penting himpunanya. It was precious but never heavy!