NYFW: NEW YORK’S NEW TASTE-MAKERS - Glam Malaysia

NYFW: NEW YORK’S NEW TASTE-MAKERS

Siapa pereka fesyen atau jenama baru yang sedang hangat diperkatakan di New York?
Ketahui setiap nama mereka dan sudah tiba masa untuk anda update gerobok fesyen dengan helaian mereka. GLAM kongsi jenama baru yang mementaskan koleksi mereka di Minggu Fesyen New York!

 

SIES MARJAN

Siapa sangka debut koleksi Sies Marjan di Minggu Feysen New York diserikan dengan fashion queens seperti Anna Wintour dan Cathy Horyn di barisan pertama. Pengarah Kreatif buat Sies Marjan adalah Sander Lak yang pernah berkhidmat buat Dries Van Noten, Marc Jacobs dan Balmain. Bekas graduan Central Saint Martins ini memberikan koleksi musim luruh 2016 dengan mainan corak bunga serta bijak dalam mencipta siluet baru yang mempunyai elemen adibusana untuk wanita cuba.
 

Lagi update New York Fashion Week – Klik Sini

 
siesmarjan1xx siesmarjan2

 

 

BEAUFILLE

Dua adik beradik, Chloe dan Parris Gordon melancarkan jenama mereka pada 2013 dan memberi fokus kepada barang kemas. Namun tahun lalu menyaksikan mereka memberanikan diri untuk mempersembahkan himpunan ceraian pakaian. Bayangkan helaian berseleran bohemian dan diselitkan rasa rock ‘n roll! Maka anda akan dapat rasakan selera Beaufille. Estetik “effortlessly tomboy” mereka ini dibawa keluar daripada Canada dan dipersembahkan di kota New York.
 

See also
Quirky Moschino

Ilham segar pereka di NYFW F/W 2016 – Klik Sini


 
BEAUFILLE2xx BEAUFILLE1xx

 

OHLIN/D

Satu lagi jenama yang ditubuhkan pada 2013, Ohlin/D memberi fokus kepada wanita yang tidak terlalu fikirkan apa yang hendak disarungkan. Serta punya cara yang tersendiri untuk memadukan setiap helaian. Anne Deane dan Jacob Park yang merupakan empunya dan pereka buat jenama ini berkongsi bahawa mereka mahu menggabungkan seni pada fesyen dan buat koleksi musim luruh 2016 mereka berkolaborasi bersama Sam Stewart yakni pereka perabot.

 

OHLIND1x

NEW YORK, NY - FEBRUARY 13: A model poses wearing Ohlin/D Fall 2016 during New York Fashion Week: The Shows at Pier 59 Studios on February 13, 2016 in New York City. (Photo by Andrew Toth/Getty Images)