MFW: Apakah Kejutan Yang Bakal Dipersembahkan Di Gucci?
Oleh: Yana Baharudin
Gucci membuka tirai pertama Minggu Fesyen Milan hari ini yang bakal berlangsung di Ex Scalo Farini, Via Valtellina 7. Kad undangan Gucci berimejkan ular sisik merah manakala di dalamnya terisi kad yang disertakan imej filem burung merak dan harimau. Apakah kesinambungan imej ini dengan gaya quirky Alessandro Michele? Nantikan live streaming pertunjukan fesyen jenama ini untuk musim luruh/sejuk 2017 menerusi link ini pada pukul 2.30petang waktu Milan. Ciao!