Musim ini wanita di Maxmara tampil lebih menonjol dengan palet terang hijau, kuning, biru dan juga belang. Siluet klasik ini ditambah dengan potongan lengan baru yakni kedut yang diterapkan pada kot trench hingga jaket kulitnya. Apa yang mahu ditonjolkan oleh Maxmara adalah kuasa paling dinamik pada wanita moden hari ini. Pentas dibuka dengan layering kot palet camel bersama kot metalik dan diakhiri dengan ceraian sarat labuci bersama kot fur serba hitam.