Jenama ini menonjolkan kuasa pada wanitanya. Membuka pentas dengan pilihan sut kemudian beralih kepada ceraian tartan. Musim ini, kesemua helaiannya adalah bermaterialkan wool dan knit. Biarpun tampak ringkas, tetapi Bottega Veneta bijak bermain dengan tekstur dimana fabrik wool dijahit bersama sequin yang menghasilkan imej kilau pada kotnya.