Fresh Faces: Wajah Tidak Konvensional Kuasai Pentas New York
Oleh: Aizat Aidid
Setiap kali hadirnya minggu fesyen, saya bukannya sahaja teruja menantikan pertunjukan fesyen berlangsung, tetapi saya turut tertunggu-tunggu akan wajah-wajah yang bakal melewati pentasnya. Nampaknya musim ini, minggu fesyen menjadi milik Kendall Jenner dan Gigi Hadid. Ya, model-model terkemuka seperti keduanya pasti sudah dijangka akan membuka dan menutup persembahan, tetapi di antara model-model lain, pasti ada yang menyerlah. Siapakah model-model ini? Who are these raw beauties? Pada pendapat saya, model-model pelapis ini bakal melonjakkan dunia modelling masa depan dengan idea cantik yang bertentangan dengan norma kebiasaan.
Saban musim ada sahaja peragawati baru yang muncul di sekitar jalanan New York, mencuba nasib untuk mengungguli pentas peragaan. Mereka ini bukan secantik Jenner atau Hadid yang struktur wajah terletak dan berambut blonde, malah bilangan followers di Instagram juga mungkin tidak ramai. Namun mereka ini boleh dilihat sebagai peneraju baru pentas peragaan pada musim-musim seterusnya apatah lagi raut wajah masing-masing mewakili genre cantik yang tidak konvensional. Unik dari segi warna kulit dan bangsa, aspek-aspek eksotik wajah model-model baru ini nyata memberi lebih impak dan menyerlahkan attitude yang tersendiri dalam setiap himpunan yang diperaga. Aizat Aidid menyenaraikan lima model baru terhangat yang mula menampakkan taring di Minggu Fesyen New York.
DILONE
Agensi: DNA Models
Tempat Lahir: Long Island, Amerika Syarikat
Instagram: @_dilone
Dia mahu menjadi pelakon dan menjadikan Madonna sebagai idola serta memasang angan-angan untuk menyanyi rap bersama Drake!
YUKA MANNAMI
Agensi: The Society Management
Tempat Lahir: Mie, Jepun
Instagram: @nijihan
Dicungkil melalui Instagram oleh Donna Models, peragawati ini pada mulanya belajar untuk menjadi penari balet.
ARTIKEL BERKAITAN GAYA JALANAN DI NYFW
ELIZABETH MOORE
Agensi: Next New York
Tempat Lahir: Zionsville, Amerika Syarikat
Instagram: @lizannemoore
Alessandro Michele, Pengarah Kreatif Gucci menjadikan Moore sebagai peragawati eksklusifnya di Milan buat musim yang lepas.
SOFIA SANOH
Agensi: Women Management
Tempat Lahir: Odense, Denmark
Instagram: @sofiasanoh
Minat dalam bidang psikologi dan sering membaca buku tentang itu sehingga jika ada masa terluang dia akan habiskan masa membantu orang yang mempunyai gangguan mental.
BARBARA VALENTE
Agensi: Wilhelmina New York
Tempat Lahir: Bahia, Brazil
Instagram: @babivalen
Walaupun hanya mendapat tempat ketiga untuk pertandingan The Look of the Year 2014, Valente Berjaya memikat hati Miuccia Prada lantas mendapat kontrak eksklusif Prada musim lalu.