Massimo Giorgetti bijak menaikkan mood muda dan fresh pada petang itu. Playlist dari Radiohead serta set raw menjadikan pentasnya cukup cool. Pengarah kreatif ini bijak melaksanakan kepakarannya dalam menyuntik elemen sukan serta memberi kombinasi yang baik pada pencampuran warna. Seperti kot oversized bersama ceraian dalam multirona, juga pilihan corak yang tidak konvensional.