Stuart Vevers masih mengekalkan inspirasi induknya buat Coach 1941 pada dunia Americana. Semuanya tentang kehebatan negara Amerika Syarikat dan budaya yang dicipta oleh rakyatnya. Kali ini, Vevers menjenguk ke stadium yang mana menjadi budaya Amerika Syarikat menyokong pasukan mereka. Semestinya uniform sukan menjadi ceraian penting dan Coach memilih untuk membangkitkan ceraian jaket varsiti. Logo pasukan sukan dan imejan Coach 1941 menghiasi jaket varsiti yang direka sengkat.