Gaya urban diolah penuh sensual dalam koleksi musim luruh 2016 Calvin Klein. Mencedok gaya lelaki menerusi penggayaan sut dan jaket yang dipadankan dengan celana besar, suntikan sensual pula diberi pada dress sarat cetakan haiwan yang mengambil inspirasi daripada alam semula jadi di kota dan juga rimba.