Prada sentiasa memberikan keunikan pada penggemarnya. Musim ini, kolar, lengan, juga pada coraknya tampil lebih baru. Walaubagaimanapun potongan yang direka, Miuccia Prada mengembalikan siluet feminin dengan dress rekaan berpinggang atau ditambah dengan penggunaan korset pada dress mahupun diluar lapisan kot. Oh ya, dress baldu turut diberikan perincian permata bagi menambah gaya lebih mewah.