Balmain sarat kemewahan dalam koleksi musim luruh/sejuk 2015. Warna kontras menjadi permainan manakala gaya 80-an diangkat baru dengan cita rasa lebih berani dan glamor. Paling mencuri perhatian adalah aksesori yang digayakan. Dari clutch, anting-anting, cincin hinggalah ke tali pinggang besar, semuanya pelengkap gaya era 80-an.