Mesra disapa sebagai Charlotte, gadis tinggi lampai ini baru sahaja melepasi lagi satu achievement dalam kerjayanya — Vogue.com mengiktiraf beliau sebagai salah satu bloger fesyen yang and harus ikuti, dan GLAM tahu mengapa! Berasal dari Eropah, gadis fesyen berdarah Dutch ini berhijrah ke kota metropolitan New York selepas lebih empat tahun menetap di ibu kota United Kingdom.
Beliau tergerak hati untuk memulakan blog sendiri selepas bekerja dengan beberapa blog fesyen ternama. Blog Charlotte memaparkan gaya peribadi “fashion forward” beliau yang senantiasa menawan.
Kami tertanya-tanya mengapa gadis berambut blonde kekuningan ini menamakan blog beliau The Fashion Guitar. Selepas berhempas-pulas mencari makna atau cerita disebalik namanya, kami mendapat tahu bahawa Charlotte dan Thomas, suaminya, sedang berbincang akan nama yang sesuai buat blog tersebut. Dalam pada itu, mereka perasan gitar elektrik Thomas di ruang mereka sedang berbincang. And the rest is history!
Dalam masa empat tahun, blognya (thefashionguitar.com) bertukar dari hobi ke kerja tetapnya. Charlotte dan suaminya menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun 2012 dan seorang puteri dikurniakan pula tahun seterusnya. Kehidupan seharian Charlotte sebagai seorang blogger fesyen, model, isteri dan ibu digeruni para blogger lain yang jauh lebih junior darinya, because she can juggle all that and still be fashionable!
Namun, antara kesemua itu, Charlotte lebih gemar akan”pekerjaan” yang ketiga dan keempat — mungkin itulah sebab pembaca-pembaca blog serta peminatnya boleh rasa a sense of connection bersamanya!