Millennial It-Girl: Amelia Henderson - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Amelia Henderson

Siapa sahaja tidak kenal dengan pelakon anggun ini? Orangnya kelihatan manis belaka, perwatakannya pulak tidak sombong dan mudah didekati, walaupun berstatus puteri raja — YM Datin Indera Che Puan Amelia Henderson telah diijabkabulkan bersama suaminya, YTM Dato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra pada bulan Ogos dua tahun lalu. Tunku Harunnarasheed merupakan anakanda kepada Almarhum YTM Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan YM Toh Puan Noor Suzanna.

 

Gadis berkacukan India dan Scottish ini sering menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tentang stail peribadinya — “chic”, “elegan” dan “stylish” merupakan antara definisi yang dibawanya! Che Puan Amelia bukan calang-calang ikon fesyen tanah air; beliau pernah dianugerahkan sebagai salah seorang personaliti Most GLAM 2014.

 

Berikut merupakan antara gaya peribadi Che Puan Amelia yang digemari GLAM dari akaun Instagram beliau!

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

1. Kot bulu bewarna berani dipakai dengan gaya off-shoulder bersama blouse ringkas bewarna putih.

See also
10 Gaya Karpet Merah Selebriti Terbaik Pada 2023