Millennial It-Girl: Aina Syahirah - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Aina Syahirah

 

Millennial It-Girl kembali bersama tidak lain, tidak bukan, Aina Syahirah! Berbintangkan zodiak Taurus, si anggun ini terus menempa nama dalam kalangan peneraju fesyen Kuala Lumpur. Mungkin anda pernah dengarkan jenama KULET yang sering menjadi buah mulut gadis-gadis fesyen alaf ini? Aina dan teman karibnya, Julie Anne Kang, merupakan pengasas bersama label sepatu kulit mesra alam itu! Berteraskan identitinya yang cukup sofistikated dan berestetik luar biasa, sentuhan peribadi beliau terbukti dalam setiap rekaan KULET.

 

GLAM cukup minat akan gaya-gaya minimalistic chic jelitawan ini dalam setiap OOTD disarungnya. Psst! Aina turut kongsikan bahawa jenama COS merupakan antara yang diminatinya tatkala ingin bersiap!

 

Kenali gadis fesyen yang begitu peramah dan mudah disapa ini bersama GLAM!

 

 

1. Bagaimanakah rutin harian anda?

Lazimnya, saya akan terjaga atau bangun sebelum alarm berbunyi, thanks to my cats! Kemudian, saya akan semak telefon, untuk pastikan jika ada perihal penting yang perlu diselesaikan buat hari tersebut, otherwise, saya akan bersiap untuk ke kerja dengan segera. Oleh kerana ianya (KULET) hanya kami berdua, Julie and I always have endless list of things to do before we can call it a day!

 

See also
Peluang Untuk Dikelilingi 5 Bilion Bintang Di Lost World of Tambun

Pada hari-hari yang tertentu, kami akan ke pejabat pos terdahulu sebelum pulang ke rumah. Secara jujurnya, kami memang lakukan segalanya sendiri! Setelah kembali, it’s family/partner & cats time! Saya sekeras-kerasnya cuba untuk tidak membawa perihal kerja pulang ke rumah, kerana saya sememangnya menghargai masa berkualiti bersama yang tersayang.

 

2. Seorang ikon atau idola dalam kehidupan anda?

Jika berkata soal ikon fesyen atau business, Victoria Beckham. Ikon kehidupan pula? My father, without a doubt.

 

 

3. Pembelian yang paling dikesali anda?

Eyeliners! Saya sejujurnya tidak mahir menggunakannya! Jika anda perasan, I’m almost never wearing eyeliners, haha!

 

4. Di manakah anda melihat dirimu dalam 10 tahun yang akan datang?

Hmm.. Mungkin ketika itu, saya sudah mendirikan rumah tangga, dan dikurniakan cahaya mata? Tetapi masih hands-on with my first baby, KULET.

 

 

5. Di mana GLAM dapat ketemu anda pada petang Khamis?

In office, packing orders! Haha!

 

6. Holy Grail make-up item?
Everything eyebrow-related. Dari pensel tona natural, hinggakan maskara alis — just please don’t let me go out without my eyebrows!

 

See also
10 Busana Pengantin Diraja Yang Mencuri Tumpuan Dunia

 

7. Apakah trademark fesyen atau stail peribadi anda?

Saya sering menggayakan siluet bersahaya dan rona mute, these days.

 

8. Nasihat paling bernilai?

Dalam apa jua situasi, sentiasa utamakan keluarga. Others can wait.

 

 

 

9. Apakah erti cinta buat anda?

Cinta merupakan suatu perkara yang sangat bermakna, dan berkemungkinan juga elemen paling krusial dalam kehidupan saya. Sama ada cinta akan keluarga saya, peneman hidup saya, jenama saya, minat saya, mahupun cinta akan diri sendiri — love is what keeps me going. 

 

I always find myself striving to do & give more with it in mind. Ia sentiasa mendorong saya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, dalam apa jua aspek, mental, fizikal dan secara rohani juga.

 

10. Staple item in your wardrobe?
KULET ?

 

 

11. Apakah rejim kecantikan anda?

Tiada langkah yang begitu “dramatik” — The mandatory four steps, kadang kala saya akan gunakan mask, dan hidrasi yang tinggi! I try to drink as much water as possible.

 

See also
Elizabeth Olsen Muncul di Minggu Fesyen Milan

12. If you could trade wardrobes with one person, real or fiction, who would it be and why?
Ulyana Sergeenko. Beliau sering kelihatan begitu anggun and well put-together! Dan gayanya bukanlah calang-calang everyday look!

 

 

 

13. Apakah erti seorang wanita bagi anda?

Bagi saya, seorang wanita adalah insan yang cukup utuh, dan mampu melakukan perubahan yang begitu signifikan dari apa yang mereka di sekelilingnya menjangka.

 

14. Item paling bernilai dalam gerobok fesyen saya adalah…

Empat pasang sepatu rekaan KULET yang terawal kami lancarkan buat koleksi Oktober 2016.

 

 

15. Suatu helaian pakaian yang sering digayakan anda kini?
Culottes, definitely.

 

16. What would you tell your 13-year-old self?

Dengar kata-kata ibu bapa apabila mereka menyeru anda untuk tidur sebelum 10pm — you will never get it now!