Michelle Yeoh Memukau dalam Balenciaga di Cannes 2023 - Glam Malaysia
Michelle Yeoh Memukau dalam Balenciaga di Cannes 2023

Michelle Yeoh Memukau dalam Balenciaga di Cannes 2023

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Michelle Yeoh sekali lagi memilih adibusana Balenciaga. Dan kali ini memukau orang ramai dalam dua rekaan Balenciaga yang berbeza sepanjang di Festival Filem Cannes 2023. 

Festival filem Cannes telah kembali untuk merayakan yang terbaik tahun ini di panggung filem antarabangsa. Para bintang berkumpul yang turut menghidupkan sambutan kemewahan khas festival di karpet merah acara terbesar itu. Ramai bintang filem, orang belakang tabir dan personaliti fesyen yang hadir menyarung pelbagai rekaan dan aksesori mewah. Penampilan paling dramatik dimunculkan dengan sangat cemerlang, sama ada ‘custom-made’, terus dari pentas runway atau dari arkib. 

Michelle Yeoh antara bintang terhangat tahun ini yang membuat kemunculan di karpet merah dan beberapa majlis makan malam. Bertujuan mempromosikan karya akan datangnya-’Firebrand’. 

BALENCIAGA

Memilih adibusana Balenciaga dalam rona hijau terang yang dihiasi ‘cape’ besar membaluti lengan dan diserlahkan dengan sarung tangan opera rona hitam. Sangat drama lagi menonjol saatnya melangkah karpet merah Cannes. Penampilan Yeoh dilengkapi rantai berkilau hitam dan putih, bersama sepasang anting-anting berlian dari Boucheron. 

See also
A-List GLAM: Atikah Karim