#MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg - Page 5 of 10 - Glam Malaysia

#MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg

CAKAP GLAM: Satu pertunjukan yang cukup emosi! Setelah selesai setiap 68 model berjalan seorang diri, kemudiannya birai dibuka. Nah, rupanya setiap model itu ada pasangan kembar masing-masing. Berjalan dari pintu yang berasingan dan bertemu disatu titik, dan tangan saling menyambut. Gucci Twinsburg adalah satu dedikasi oleh Alessandro Michele buat ibunya yang juga mempunyai pasangan kembar, Eralda dan Giuliana. "Saya adalah anak kepada dua ibu," kata Michele melalui nota pertunjukan acara Gucci ini. Acara ini menzahirkan gaya yang bersifat cukup peribadi. Sentuhan glamor yang diinjek dalam Gucci Twinsburg diambil daripada stail 70-an dan 80-an. Sensasi gaya bintang Hollwyood era itu memainkan peranan penting. Berserta estetika sportwear yang digubah lebih glamor. Dunia budaya Cina juga diambil menjadi esen penting, ada baju yang direka dengan kolar Cheongsam. Fuori, satu kata penting di Itali yang popualr dekad 70-an juga mengindahi beberapa gaya. Watak utama koleksi ini pastinya milik Gremlins!

VIP: Jodie Turner Smith yang sebelum ini sering kali muncul di permaidani merah berbusana Gucci membuat kemunculan di Milan dengan uniknya. Selain itu, peminat setia Alessandri Michele yakni Sinead Burke turut setia hadir memberikan tanda sokongan. Bintang barisan hadapan Gucci yang lain termasuklah Bryan Boy (the new editor buat majalah The Perfect), Amelie Gassman, Law Roach dan Caroline Daur.

PILIHAN GLAM

5 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse