Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
RAEESA

Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ainz & Tulpe Lancar di Malaysia

Buat peminat kosmetik Jepun, ini berita gembira buat anda, Ainz & Tulpe (A&T) Lancar butik ketiganya di Malaysia. Kali ini bertempat di Mid Valley Megamall, anda boleh mengakses dengan mudah lebih 4,0000 jenis produk daripada 250 jenama asal Jepun di sini. Anda juga boleh melawat Ainz & Tulpe yang turut bertempat di Pavilion Bukit Jalil juga Sunway Pyramid. 

Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe

Menurut Seiji Kato, Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia, 

Ini adalah cawangan ketiga A&T yang dilancarkan di luar Jepun dan kami amat gembira dan berbangga untuk berkongsi produk kami dengan peminat di negara yang begitu indah ini. Selain daripada membawa masuk sebahagian besar produk premium kami, kami juga telah mengusahakan dengan terbaik terhadap reka bentuk dan aliran kedai kami agar seiring dengan reka bentuk butik kami di Jepun kami dalam usaha untuk memberi pembeli satu pengalaman penuh ketika membeli-belah. Cawangan baru di Mid Valley ini tidak terkecuali! Oleh itu, kami berharap pelanggan setia dan baharu kami akan menikmati kepelbagaian produk kecantikan premium kami dan dengan semua sokongan luar biasa yang diterima setakat ini, kami berharap ini akan membuka laluan untuk pembukaan kedai di negara lain pada masa hadapan.

See also
Datin X: Suami Berang Isteri Diberi Pangkat Datuk

Jangan lupa untuk melawat stor Ainz & Tulpe di Malaysia!

 

Pautan Berkaitan: GLAM Sejenak Bersama: Khadija Meor