Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe - Glam Malaysia
RAEESA

Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kisah RAEESA dan Ainz & Tulpe, GLAM sediakan berita menarik dan terkini bulan ini untuk anda lihat dan ketahui dengan lebih lanjut!

RAEESA Lancar Koleksi Cruise 2023

Jenama batik tempatan, RAEESA, baru-baru ini mengadakan sesi previu istimewa di Horizon, The Ritz- Carlton Langkawi. Lebih menarik lagi koleksi yang dipersembahkan untuk musim ini telah dinamakan berdasarkan vila-vila yang terdapat di The Ritz- Carlton Langkawi. Masih mengekalkan signatur batik namun RAEESA memilih untuk memadu elemen yang dimiliki hotel mewah ini bersempena ulangtahun yang ke-5 The Ritz- Carlton Langkawi. 

RAEESA Cruise 2023, edisi terhad ini menampilkan helaian yang menggabungkan rekaan mewah bersama elemen abstrak, garis grafik moden serta mainan warna pastel juga bold. Memilih untuk mengekalkan gaya moden namun disuntik dengan stail kontemporari, RAEESA bijak memadu elemen-elemen ini agar menjadi pilihan wanita setiap peringkat umur. 

Koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di The Ritz-Carlton Langkawi dan lawati laman Instagram mereka untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi.

See also
Gadis Tempatan Dari Bhutan Hias Kempen 3.1 Phillip Lim