Meadowlark adalah jenama barangan kemas yang diusahakan oleh power couple Claire Hammon dan Greg Fromont dari New Zealand. Antara pelanggan ternama mereka adalah Rihanna, Lorde, Zoe Kravitz, FKA Twigs dan Grimes.
Barangan kemas dan aksesori dari jenama ini berinspirasikan seni bina, tumbuhan, landskap dan seni yang diolah dalam bentuk batu luxe dan logam.
Setiap rekaan mewah mereka akan menjadikan pemakai kelihatan bergaya dan unik meskipun dihasilkan untuk menepati citarasa dan personaliti berbeza.