Matthieu Blazy: Bakal Pengarah Kreatif Baharu Chanel? Kenali Pereka Muda Ini - Glam Malaysia

Matthieu Blazy: Bakal Pengarah Kreatif Baharu Chanel? Kenali Pereka Muda Ini

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Best of both worlds, spekulasi mengenai kepimpinan Matthieu Blazy menjadi pengarah kreatif Chanel baharu semakin menjadi perhatian dalam dunia fesyen.

Sangat dikenali sebagai tulang belakang Bottega Venneta kini digemparkan sebagai salah satu pilihan utama sebagai pengarah kreatif Chanel. Kudos to Matthieu Blazy buat perubahan fesyen ini. Bakat Blazy berdarah Perancis-Belgia ini melonjakkan nama Bottega Veneta ke tahap yang menakjubkan, beliau telah mengatasi semua pesaing untuk meraih jawatan tertinggi dalam dunia fesyen, pereka Chanel dan pewaris kepada Karl Lagerfeld. Adakah khabar angin ini sememangnya benar? Let’s find out soon. Julung megah di Bottega, Blazy disahkan sebagai pengarah kreatif baharu Chanel, yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Terbinanya evolusi baharu yang membawa senuthan dan nafas baru ke dalam rumah fesyen Perancis, Chanel.

Matthieu Blazy Dari Bottega ke Chanel?

Blazy dijangka dapat menghidupkan semula relevan dan keunggulan fesyen yang telah pudar dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kepimpinan Virginie Viard, tangan kanan Lagerfeld yang mengambil alih peranan tersebut selepas pemergian maestro itu pada tahun 2019, tepat sebelum bermulanya pandemik. Diketahui Blazy adalah pereka yang baru sahaja mula menzahirkan sepenuhnya bakatnya. Sebelum pengumuman Blazy, Hedi Slimane dianggap sebagai calon utama, bukan sahaja kerana pengalamannya tetapi juga hubungannya yang istimewa dengan Karl Lagerfeld, individu yang menerajui kreativiti Chanel dari tahun 1983 hingga 2019, membawa jenama tersebut mencapai kejayaan besar.

See also
Must Have Setiap Wanita Bergaya

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai nama besar telah disebut-sebut sebagai calon, merangkumi hampir setiap pereka terkemuka di dunia fesyen termasuk Alessandro Michele, yang kini menyertai Valentino, bersama nama-nama hebat lain seperti John Galliano, Pierpaolo Piccioli, Pieter Muller, Sarah Burton, dan Phoebe Philo. Namun, di atas segalanya, Simone Porte Jacquemus muncul sebagai pesaing sebenar Hedi Slimane.

Pengangkatan Blazy mungkin kelihatan mendadak, tetapi sebenarnya tidak mengejutkan, memandangkan pereka berusia 40 tahun ini telah berkerja sebagai tangan kanan Lee sejak pertengahan 2020. Beliau memiliki sejarah reka bentuk yang mengagumkan dengan bekerja bersama legenda di Raf Simons, Maison Martin Margiela, Céline, dan Calvin Klein. Berita ini sudah pun membina suasana hangat, adakah Blazy mampu menghasilkan 1649 koleksi setahun untuk 30 tahun akan datang?