Marc Jacobs x Vans Kolaborasi Paling Abstrak 2017 - Page 6 of 6 - Glam Malaysia

Marc Jacobs x Vans Kolaborasi Paling Abstrak 2017

Marc Jacobs kembali lagi dengan kolaborasi bersama Vans dan kali ini dia tidak keseorangan.

 

Foto: Marc Jacobs

Untuk membawa sesuatu yang berbeza daripada kolaborasi mereka sebelum ini, Jacobs telah meminta bantuan rakan-rakan seninya, beberapa artis daripada Jepun dan Amerika, untuk membantu menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan trippy dengan menggunakan rekaan klasik Vans, Slip-On.

 

Hasilnya adalah menakjubkan dan kolaborasi ini boleh disangkalkan sebagai kolaborasi terbaik untuk 2017 setakat ini.

 

Cuma bukan semua yang dihasilkan oleh artis-artis ini bakal dijual di kedai berdekatan anda. Hanya rekaan terhad (200 pasang) oleh Jacobs sahaja akan dijual di New York dan Jepun pada 16 Jun ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk grab a pair (or two), Marc Jacobs x Vans akan mengadakan giveaway atas talian untuk peluang memenangi sepasang kasut daripda kolaborasi ini.

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rekaan Julie Verhoeven
Foto: Marc Jacobs