Louis Vuitton Berikan Nuansa Raya Lebih Glamor

Lebaran Lebih Glamor Dengan Pilihan Di Louis Vuitton

Seleksi item mewah di Louis Vuitton bakal menghangatkan lagi gaya Lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi!

Sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadan, tiba Syawal kita mahu sambutnya dengan penuh kegirangan. Bukan sahaja mahu mendapatkan busana baharu, malahan pasti gandingankannya bersama aksesori yang indah. Maka, GLAM mahu membawa semua menuju ke butik Louis Vuitton. Ia serba lengkap seperti himpunan beg-beg mewah, kasut yang anggun, siri wangian yang menggoda sehinggalah set pinggan mangkuk yang bakal menambah rasa elegan di meja makan.

louis vuitton

Kita sudah menuju ke minggu-minggu terakhir bulan Ramadan. Maka memang tepat dengan masanya untuk mula membeli-belah. Jika masih tertanya-tanya apakah item yang boleh menaikkan seri gaya lebaran, GLAM ada jawapannya! Kami menerokai butik Louis Vuitton buat anda dan mengesyorkan barangan yang terbaik daripada jenama mewah ini supaya anda semua menang bergaya dikala berhari raya dengan keluarga dan sanak saudara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Lupakan beg lain, kerana yang anggun dan sofistikted adalah beg Capucines Louis Vuitton. Dengan rekaan yang cukup elegan, beg ini diserikan bersama logo LV. Tetapi jika mahu tampil lebih ayu bersama busana kurung, boleh gandingkan beg ini bersama hiasan charm pada tali beg ini. Ada juga beg dengan sorakan corak monogram yang mampu memenuhi selera wanita yang klasik. Taburan Monogram Flower pada beg-beg di Louis Vuitton menyerlahkan lagi gaya lebaran. Mungkin Capucines buat sang ibu dan beg bahu dengan corak Monogram Flower buat anakmu?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Setelah puas membeli-belah buat diri sendiri, jangan lupa pula dapatkan barangan buat buah hati atau ahli keluarga yang lain. Sudah makin menjadi tradisi dikala sambutan Lebaran dimana kita memberi hadiah buat orang yang tersayang bukan? Semestinya si dia akan lebih bertambah sayang jika anda menghadiahkan jam tangan Tambour Street Diver yang sudah lama berkenan di hati. Atau hadiahkan pembesar suara Nanogram berekaan cukup cool buat anak terunamu. Agar pulang ke desa berhari raya nanti tidaklah bosan, kerana pembesar suara mudah alih ini amat senang dibawa ke mana sahaja. Buat ibu yang tercinta, ada set pinggan mangkuk mewah yang ditaburi corak Monogram Flower atau Monogram Diamond.

Pilihan Editorial di Butik Louis Vuitton

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Semua barangan yang GLAM pilih ini tersiap sedia di butik Louis Vuitton. Atau mahukan pengalaman membeli-belah dengan lebih mudah? Layari sahaja laman web Louis Vuitton dan buat pembelain secara online sebelum 26 Mac (Semenanjung Malaysia) dan 23 Mac (Sabah dan Sarawak) untuk menerimanya di sebelum Hari Raya!

Pilihan Item Terbaik Daripada Koleksi Mirage Louis Vuitton

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

LV ICONIC EARRINGS IN PINK GOLD BRASS AND RHINESTONES