Louis Vuitton perkenalkan koleksi LV Art Silk Square
Louis Vuitton

Louis Vuitton Perkenalkan Art Silk Squares Sentuhan Seni Kontemporari

Memperkenalkan koleksi “LV Art Silk Square” hasil kolaborasi lima artis terkemuka yang menampilkan estetika unik dan perspektif segar terhadap simbol ikonik Maison. 
Louis Vuitton telah bekerjasama dengan lima artis terkenal untuk mencipta koleksi selendang sutera yang mewah lebih luar biasa ini. Koleksi ini berfokus pada tafsiran baharu bunga Monogram, yang memberikan perspektif baharu terhadap simbol ikonik ini. Deretan selendang sutera, permukaannya yang cukup bersinar dan lembut pada sentuhan ini digunakan sebagai kanvas yang ideal untuk ekspresi artistik yang jelas, kaya, dan berkontras. Projek “The Silk Road” bermula sejak 1980-an, yang meneruskan perbincangan bersejarah antara jenama ini dan dunia seni, artis eBoy, Icinori, Lorenzo Mattotti, Nicolas de Crécy, dan Thomas Ott yang pernah bekerjasama dengan Maison melalui siri Travel Book. Setiap artis ini mentafsir semula bunga empat kelopak ikonik dalam Monogram, memberikan perspektif baharu terhadap warisan jenama ini.

Justeru, rekaan mereka dipindahkan dengan teliti ke atas selendang sutera di Como, Itali, menggunakan teknik tradisional seperti roulottage untuk jahitan tepi tangan. Koleksi ini meneruskan warisan jenama mewah dalam menggabungkan seni dan kraf, dengan kolaborasi terdahulu bermula sejak tahun 1987, melibatkan artis ternama Sol LeWitt dan Philippe Starck. Keseluruhan koleksi ini dipamerkan di LV Dream di kota cinta, Paris.

See also
Louis The Game: Permainan Video Baharu Louis Vuitton

Maze of Precious oleh eBoy

Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Kai Vermehr, Steffen Sauerteig, dan Svend Smital, gaya seni piksel eBoy telah menjadi ikon yang mudah dikenali, terutamanya melalui siri pemandangan bandar mereka, Pixorama. Dalam karya “Maze of Precious” yang direka untuk carré Louis Vuitton, logo LV terletak di tengah-tengah labirin dengan sempadan yang menggambarkan pelbagai jenis anyaman kain, seperti twil dan satin. Labirin ini dihiasi dengan elemen corak Monogram Louis Vuitton, termasuk bunga bulat, quatrefoil, tumbuh-tumbuhan piksel berwarna terang, serta serangga geometrik yang menyeronokkan. Terlihat juga corak checkered dan campuran warna yang cukup quirky but classy! 

Malles Monde oleh Icinori

Seterusnya, karya Mayumi Otero dan Raphaël Urwiller dari Icinori, yang menggabungkan teknik seni tradisional dengan naratif moden, karya unggul yang pernah diterbitkan dalam akhbar antarabangsa Le Monde dan New York Times. Serta dipamerkan di galeri dan muzium Pompidou Centre Metz. Carré, sutera yang berwarna cerah dan visual yang kaya, “Malles Monde,” meraikan warisan pembuatan trunk Maison dan Seni Pengembaraan, LV trunk yang dihiasi dengan flora dan simbol Monogram, melambangkan pembaharuan berterusan serta perjalanan hidup yang everlasting.

See also
Horizon Wanita: Datin Vivy Yusof

Iris Spring oleh Lorenzo Mattotti

Seniman Lorenzo Mattotti, yang terkenal dengan karya menggunakan pensil warna dan soft pastel dalam komik seperti Firesdan Murmur, serta ilustrasi dalam akhbar New Yorker dan Süddeutsche Zeitung, mencipta “Iris Spring” khas  sebagai penghormatan kepada bunga yang menghiasi kaca patri Art Nouveau di teratak bersejarah keluarga Vuitton di atelier Asnières. Dengan latar belakang pohon-pohon berwarna-warni dan air terjun, bentuk bunga iris yang mengalir menjadikan titik perhatian dalam fantasi kaleidoskopik yang mempesonakan. Terlihat warna-warna yang vibrant menghasilkan artwork Matotti di selendang LV ini cukup eyecatching!

Parfums de Méditerranée oleh Nicolas de Crécy

Untuk “Parfums de Méditerranée,” pengarang grafik dan ilustrator Perancis Nicolas de Crécy, dikenali dengan karya surreal dan inovatif seperti Foligatto dan Salvatore yang menjelajah ke dalam dunia aroma Provence. Terinspirasi oleh taman-taman di Grasse, tempat di mana wangian Louis Vuitton diramu, beliau menyajikan panorama yang mempesonakan dalam gaya whimsy yang unik, menggabungkan gunung-gunung megah, bunga-bunga yang beraroma harum, dan ciptaan playful yang berasaskan corak Monogram.

Parfums de Méditerranée | Courtesy of Louis Vuitton

Louis Vuitton

Parfums de Méditerranée | Courtesy of Louis Vuitton

Louis Vuitton

Louis Vuitton

Urban Flowers oleh Thomas Ott

Dalam karya-karya novel grafiknya yang gelap dan menawan, seperti The Number 73304-23-4153-6-96-8, artis Switzerland Thomas Ott mengolah papan gores dan pemotong untuk mencipta naratif visual yang intens dalam hitam-putih. Kbanyakkan karya komik Ott beratmostfera suram atau lebih jelasnya grim. Untuk carré Louis Vuitton “Urban Flowers,” Ott menggunakan teknik seni yang rumit ini untuk menghasilkan imej chiaroscuro yang halus dan surreal. Karya ini menggambarkan bagaimana alam mampu mengubah lanskap urban kita, dengan bunga-bunga yang bertindak sebagai simbol semangat manusia yang tak terpadamkan, membawa keajaiban dan keindahan ke dalam kehidupan kota yang sibuk.

Louis Vuitton

Urban Flowers | Courtesy of Louis Vuitton

Louis Vuitton

Urban Flowers | Courtesy of Louis Vuitton

30 Ogos 2024. Koleksi edisi terhad ini akan tersedia di kedai-kedai terpilih, termasuk Louis Vuitton Kuala Lumpur Pavilion, dan dalam talian.

See also
Kapsul Masa Louis Vuitton

Sempurna untuk menyerlahkan mana-mana pakaian, selendang sutera ini boleh digayakan dalam pelbagai cara—daripada tali leher leher yang anggun hingga selendang kepala yang elegan. Ia menawarkan daya tarikan yang kekal dan sesuai dengan gaya moden serta klasik.

Dengan Art Silk Squares, Louis Vuitton terus memperkaya dunia fesyen dan seni, mencipta karya yang menggabungkan tradisi, inovasi, dan kemewahan.

Artikel berkaitan: Louis Vuitton Women’s Cruise 2025 Show Livestream