Loewe Jenama Fesyen Terhangat Di Dunia, Lyst Index
Loewe Naik Sebagai Jenama Fesyen Terhangat Di Dunia

Loewe Naik Sebagai Jenama Fesyen Terhangat Di Dunia

Jenama fesyen Loewe menduduki tempat pertama dalam jenama terhangat di dunia pada suku kedua tahun ini, berdasarkan Lyst Index.

Berjaya mengalahkan jenama Miuccia Prada, Miu Miu dan Prada, Loewe naik daripada tempat ketiga ke tempat pertama sebagai jenama fesyen terhangat di dunia.  Jenama yang berasal dari Sepanyol ini kini ialah jenama paling hangat menurut analisa daripada Lyst Index. Lyst Index menganalisa tingkah laku pembeli-belah untuk tempoh tiga bulan dan kemudian menerbitkan keputusan suku secara senarai, setiap tahun. 

Suku kedua tahun ini merupakan tahun yang sibuk untuk Loewe. Bermula dengan menaja majlis Met Gala 2024, (serta menggayakan bintang-bintang terkenal seperti Ayo Edebiri, Greta Lee, Ariana Grande, Taylor Russell dan Jonathan Bailey) Loewe juga tular dalam dunia fesyen dengan beg tomato mereka yang unik. Antara momen berpengaruh buat Loewe juga ialah kemunculan filem Challengers dibintangi oleh Zendaya, Mike Faist dan Josh O’Connor. Sementara itu, sneakers On x Loewe Cloudtilt 2.0 menduduki tempat produk paling hangat bagi suku kedua tahun ini, turut diikuti oleh Adidas dan Casablanca.

Pakaian yang direka oleh Jonathan Anderson, menjadi ilham untuk Loewe menjual baju “I Told Ya” seperti dalam filem itu. Menurut Lyst Index,  ini menyumbang kepada peningkatan 29% dalam pencarian untuk Loewe. “Aktiviti ini mengukuhkan keinginan terhadap produk. Permintaan untuk beg bakul dan top tangki anagram turut membantu meningkatkan pencarian sebanyak 29% dalam tempoh tiga bulan yang lalu,'” kata Lyst dalam laporan mereka. 

Di bawah Loewe, Miu Miu menduduki tempat kedua manakala Prada menduduki tempat ketiga. Saint Laurent milik Anthony Maccarello naik tangga keempat dan Gucci, Balenciaga dan Versace berada di dalam lingkungan 10 teratas termasuk dengan Bottega Veneta, Jacquemus, dan Moncler. Senarai ini menjemput jenama Coach buat kali pertama sejak Q4 pada tahun 2022, di tempat ke 20, dek penangan tas tangan Tabby. 

Senarai Jenama Terhangat Q2 Tahun 2024

  1. Loewe 
  2. Miu Miu 
  3. Prada 
  4. Saint Laurent 
  5. Bottega Veneta 
  6. Versace
  7. Balenciaga 
  8. Jacquemus 
  9. Moncler 
  10. Gucci 
  11. Valentino 
  12. Skims
  13. Burberry 
  14. New Balance 
  15. Louis Vuitton 
  16. The Row 
  17. Alaïa 
  18. JW Anderson
  19. Dolce & Gabbana
  20. Coach