Loewe di bawah Jonathan Anderson terus gah dengan koleksi musim luruh/sejuk 2015 yang diilhamkan dari dunia sains. Elemen futuristik diolah gaya praktikal bersesuaian dengan wanita moden – ceraian celana besar, skirt metalik, kot corak geometri, top paten kulit yang lebih wearable dilihat menjadi fokus kali ini.
Aksesori yang digayakan turut mencuri perhatian. Barisan peragawati melewati pentas menggayakan cermin mata besar retro serta anting-anting berlainan padanan, dengan rambut disisir rapi ke belakang dibias rasa androgynous. Tas tangan tampil dalam pelbagai rona dan saiz manakala Puzzle Bag yang diperkenalkan musim sebelum ini diberi update pink suede.