Wanita jelita berdarah kacukan Pakistan ini sentiasa bersiap cantik dari hujung rambut ke hujung kaki. Fesyen adalah lambang keyakinan diri. Zahida percaya, fesyen itu fun dan harus senantiasa menghiburkan diri dengan menyarungkan pakaian yang cool dan jangan hanya terikat pada satu jenama sahaja. Bila disoal tentang jenama pilihannya, Zahida berkata terlalu banyak untuk disenaraikan! Namun yang penting pilihannya adalah daripada koleksi edisi terhad kerana dia ingin tampil berbeza dan eksklusif.