Bersuamikan pereka fesyen, Nina tidak pernah gusar untuk menata rias penampilannya sendiri juga merupakan peminat setia label Jovian. Mutu kerja yang rumit lagi terperinci adalah penting buat Nina. Kekuatan Jovian terletak pada paduan rasa moden dan tradisional langsung melahirkan rekaan dramatik. Antara jenama yang tersusun indah dalam geroboknya adalah Chanel, Ellie Saab dan Georges Chakra. Selesa menyarungkan top polos yang dipadankan bersama jean skinny dan pump Salvatore Ferragamo pada hari kebiasaan, bersama beg tangan kegemaran buat pelengkap gaya. Kala bersiap ke majlis pula, Nina dambakan sentuhan yang ringkas namun terbias sofistikated. Subtle dan timeless,