Memilih jenama Saint Laurent dan Tom Ford sebagai jenama kegemarannya. Gaya peribadi si gadis manis ini berlandaskan gaya kasual chic. Mula menulis blog pada usia 14, Jane Chuck didedahkan secara berperingkat mengenai asal usul jenama fesyen yang sedia ada di pasaran. Daripada situ gadis ini mula membingkis rencana masa depan dengan berkolaborasi sebagai blogger fesyen juga style influencer. Memilih helaian kasual kerana faktor keselesaan, antara jenama cool yang disarungnya kini adalah Alexander Wang dan Rick Owens.