Lisa Blackpink Buat Kemunculan Di Bvlgari Colors - Glam Malaysia
lisa blackpink

Lisa Blackpink Buat Kemunculan Di Bvlgari Colors

Pameran sulung Bvlgari di Korea bertajuk Bvlgari Colors dihadiri oleh duta global mereka Lisa, ahli kumpulan Blackpink.

Berlangsung di Korea awal minggu ini adalah pembukaan acara pameran Bvlgari Colors. Ia merupakan pameran sulung Bvlgari di Korea dan diadakan di Hangaram Design Museum sehingga 15 September 2021. Bvlgari yang sudah bertapak di Korea sejak 1998, membawa 190 barangan ikonik mereka daripada koleksi arkib hingga ke rekaan moden sekarang untuk dipertontonkan kepada pengujung pameran ini. Melalui pameran ini, Bvlgari mengukuhkan DNA estetik mewah mereka melalui analogi kreativiti sejak seawal 1930-an.

Warna menjadi asas utama Bvlgari dan dijadikan tema utama pameran Bvlgari Colors. Evolusi warna sejak 130 tahun yang lalu diterjemahkan melalui kolaborasi diantara Bvlgari dengan SUUM Project. Dimana, organisasi ini memilih sebilangan artis seni Korea untuk pameran sulung Bvlagri di Seoul. Mereka yang terpilih untuk menghimpunkan koleksi berestetik rona adalah Kim Jongwon, Lee Sea-hyun, Yee Sookyung, Noh Sang-Kyoon, Oh Soon-kyeong, Choi Jeonghwa dan Vakki. Pengkarya seni kreatif Korea ini memberikan rekaan berasaskan rona vivid buat lukisan, arca mahupun instalasi video.

See also
Kate Spade New York 'TAKEOVER' Sunway Pyramid

Sempena dengan pembukaan buat pameran ini, bintang-bintang Korea dijemput untuk memeraihkan acara. Pastinya duta global mereka, Lisa daripada Blackpink turut hadir. Selain itu, pelakon veteran Korea, Ko So-Young juga membuat kemunculan, lantas memberi rencah lebih glamor pada acara. Seri malam acara itu tambah cool dengan adalah kelibat penyanyi kumpulan muzik Astro, Cha Eun-Woo.

LISA BLACKPINK
LISA BLACKPINK
KO SO-YOUNG
CHA EUN-WOO

Artikel Berkaitan: MESTI BACA: Naskah Fesyen Yang Mengajar Anda Sesuatu Tahun Ini