Lima Tas Baharu Sempena Tahun Baru, Dari Valentino ke Dior - Glam Malaysia
Lima Tas Baharu Sempena Tahun Baru, Dari Valentino ke Dior

Lima Tas Baharu Sempena Tahun Baru, Dari Valentino ke Dior

SEMAK CADANGAN TAS TANGAN DARI KOLEKSI BAHARU YANG SEMPURNA UNTUK MERAYA GAYA TAHUN BARU. BEBERAPANYA TERINSPIRASI DARI GAYA SELEBRITI MAHUPUN INFLUENCERS. 

 

VALENTINO TIGER 1967

Para wanita pasti mendambakan tas tangan yang kukuh, beraneka bentuk unik dan tentunya ada karakter tersendiri. Valentino hadirkan deretan tas baharu, citra koleksi Valentino Tiger 1967 bernuansa yang lebih meriah. Mengangkat semangat tahun baru Lunar, diserlahkan dengan karakter moden, berpadu dengan butiran bertenaga yang menawarkan tampilan kefungsian. 

Tertarik pada tas Valentino Garavani Roma Stud, kerana pilihan warna yang ‘bold’ berpadu motif kulit harimau. Terlihat ekstra saat dipakai. Chic, edgy, dan classy pada saat yang bersamaan, tersemat jua faktor animalistic pada balutan tas. Kompak serta pemegang tas yang tegap, juga penutup tas yang dilengkapi klip signature Valentino. Rantai beg yang berkilau membolehkannya digantung pada bahu untuk menampilkan gaya yang lebih bersahaja. Kriteria tas yang membuatnya sesuai untuk berbusana pesta atau dress maxi pabila keluar menyambut tahun baru. 

See also
Prada Paradoxe Wangian Avant-Garde Wanita GLAM

 

DIOR CNY CAPSULE COLLECTION

Tas Dior Saddle will always be playful. Jika anda punya selera gaya feminin, wajar sekali memiliki tas Dior Saddle yang sarat motif dari koleksi kapsul Chinese New Year 2022. Anda dapat memilih gaya paduan tersendiri, misalnya jumpsuit atau blazer sebagai salah satu busana pilihan. 

Dengan bentuk dan warna yang memberi gaya pernyataan, sulaman indah pada permukaan tas menghangatkan lagi koleksi aksesoris mu. Gantungkan pada bahu, dan tentunya sulaman rama-rama yang kaya seni, akan membuat tampilan mu menjadi lebih berbicara. Seperti yang dilakukan oleh para influencer masa kini, sekadar menyebut Daiyan Trisha dan Jane Chuck. 

 

FENDI ‘YEAR OF TIGER’

Salah satu rekaan tas yang sangat mengujakan! Inilah salah satu beg tangan yang memiliki elemen seronok. Don’t we want to have fun with our accesories? FENDI melancarkan koleksi kapsul The 2022 Spring Festival, turut sama meraikan tahun baru Lunar dengan corak-corak harimau. ‘Animalistic’- menjadi tema gaya.

See also
Speedmaster Generasi Baru Daripada Omega

Mengambil ilham dari corak kulit harimau Siberia dari China, tas tangan Baguette dan Sunshine Shopper diolah dalam rupa yang baharu. Tampak bold dan memberikan sentuhan gaya yang lantang. Pastinya dengan koordinasi stail yang tepat, termasuk pilihan sepatu dan riasan wajah dapat menambahkan aura diri. 

 

BALENCIAGA

Turut terinspirasi dari Tahun Lunar, Balenciaga hadirkan serangkain tas tangan yang memiliki desain kasual dengan kualitias tiada dua. Dengan mengambil inspirasi dari warna oren yang sinonim dengan warna kulit dan belang harimau. Sempena meraikan tahun harimau dalam kalendar Lunar. 

Tas Hourglass seakan menjadi pilihan semula. Terlihat kelompok selebriti masa kini yang menjinjing tas Hourglass sebagai tas harian. Reka bentuk yang ikonik, mengungkapkan idea jinjingan yang dinamik, moden dan sejalan dengan prinsip stail semasa. Apatah lagi, sesuai benarlah dengan gaya kesukaan wanita sekarang yakni atletik. Sajak betul pabila dipadankan dengan tas Hourglass dari koleksi tahun baru ini. 

MIU MIU

Miu Miu hadirkan ‘Heart to Heart’, satu lagi koleksi unggul sempena menyambut tahun baru Lunar. Beg Miu Miu ini menjadi pilihan kami kerana kisah disebaliknya. Bukan sekadar koleksi beg baharu, malah terdapat kisah menarik disebalik pembuatannya. 

See also
Dearest, Beloved

Sempena dengan koleksi ini, kumpulan Prada beramal dengan menderma kepada program China Green Foundation’s Walking with Tiger and Leopard. Untuk meningkatkan kesedaran tentang pemulihan harimau melalui pelbagai aktiviti pendidikan di Beijing dan Shanghai. Shop with a cause, bagus bukan?

Reka bentuk yang berpaksi pada konsep moden yang dipastikan tak lekang waktu langsung dipancarkan oleh tas jinjingan ini. Dengan setiap aspek yang berbutiran menarik, menjadikan tas ini sebagai teman beraktiviti yang ekspresif untuk para penyuka gaya kasual, chic dan sporty, misalnya. 

 

Artikel berkaitan: Max Mara Reka Kostum Balet Buat Aterballetto