Lily-Rose Depp adalah seorang lagi up-and-coming name dalam dunia peragaan. Debut beliau bersama Chanel telah memperkenalkan Lily-Rose ke pentas peragaan antarabangsa. Beliau juga pernah membintangi beberapa filem seperti The Dancer dan Planetarium bersama Natalie Portman. Rupawan berambut perang ini memberi vibe seakan Kate Moss ketika zaman kegemilangannya.
Mungkin ianya suatu rahmat bagi Lily-Rose yang dilahirkan dalam keluarga berpengaruh besar dalam bidang hiburan. Beliau merupakan anak kepada pelakon, Johnny Depp bersama bekas teman hidupnya, Vanessa Paradis, seorang penyanyi dan model. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bukan?
Selain daripada bermodel di petas peragaan dan sebagai wajah bagi beberapa jenama gergasi, gadis genit berumur 17 tahun ini juga amat terkenal di media sosial, terutamanya di Instagram!