Lily Collins Dilantik Sebagai Duta Baru Cartier - Glam Malaysia
lily collins cartier

Lily Collins Dilantik Sebagai Duta Baru Cartier

Lily Collins membiaskan karakter duality yang jadi paksi kreatif buat koleksi barang kemas The Clash [Un]Limited dan beg Double C De Cartier.

Bintang utama Emily in Paris mempunyai kerja baru sekarang. Selain sibuk di Paris ‘bertugas’ di agensi, Lily Collins juga memenuhi undangan Cartier sebagai duta baru jenama global ini. Tugasannya sebagai duta baharu Cartier adalah menjadi penghias kempen buat dua koleksi terkini Cartier. Aktres ini beraksi buat kempen barang kemas edisi terhad The Clash [Un]Limited yang direka dengan membangkitkan semangat rebellious. Juga ada rasa rock-n-roll yang disemat dengan olahan lebih moden agar memenuhi karakter wanita moden dan muda sekarang.

Barang kemas Clash de Cartier yang ikonik dirias lebih fun! Ia direka dengan lebih besar dan ditambah batu berlian bergabung oniks. Rekaan seakan pepaku itu juga mewujudkan stail punk yang jauh daripada estatik Cartier. Ini membuktikan lagi nilai dualiti yang mahu dipersembahkan melalui koleksi edisi terhad. Collins bijak menafsirkan karakter yang bercanggah dalam satu nada yang sama. Koleksi ini dan dia sendiri boleh nampak edgy dan timeless dalam satu masa yang sama. Itu yang buat Cartier lagi jatuh hati dengan bintang Holywood ini.

lily collins cartier

Bagi saya, apabila menjadi keluarga Cartier ia bererti menjadi sebahagian daripada komuniti yang nonconformist dan mempertontonkan karakter yang kuat. Cartier is Paris, serta idea elegen dan kehalusan Perancis itu wujud pada koleksi The Clash [Un]Limited dan beg Double C yang classic extravagance

Lily Collins

Pautan Berkenaan: Bravery, Ini Barang Kemas Yang Paling Menakjubkan

See also
GLAM Eksklusif: Kempen Trinity Cartier Bersama Jisoo