Label kasut Clarks baru sahaja melancarkan kolaborasi kali kedua bersama si cik serba boleh, Daiyan Trisha! Koleksi kolaborasi ini dilancarkan untuk Spring/Summer 2023. Namun, reka bentuk daripada himpunan koleksi kasut ini sesuai juga dipadankan ketika hari raya yang bakal menjelma! Clarks bekerjasama bersama Daiyan dengan memilih “Born To Charm” sebagai nama koleksi kolaborasi mereka. Dengan 10 reka bentuk yang dikeluarkan, ClarksXDaiyanTrisha sudah pasti memberikan konsep kasut yang timeless, bergaya dan selesa!