Lebih Seksi! Wajib Kenali Jenis Bra Yang Tepat - Glam Malaysia

Lebih Seksi! Wajib Kenali Jenis Bra Yang Tepat

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Esensi utama dalam persalinan wanita malah dianggap simbolik pendakap kemas untuk bentuk sempurna. Kenali jenis bra yang tepat sebelum membeli.

Saya yakin pasti ada diantara anda masih terkial-kial memilih jenis bra yang sesuai dan tepat dengan saiz payu dara. Ada juga ingin tampak konfiden dan seksi dengan bentuk bra yang dipilih dan ada juga jenis ‘Asal-Boleh’. GLAM bariskan panduan untuk anda kenali jenis bra.

  • PUSH-UP BRA

Memantapkan bentuk payudara dan menyerlahkan garisan lurah tengah. Secara automatik, anda akan lebih kelihatan seksi dan lebih yakin. Sesuai untuk semua jenis saiz payudara.

  • FULL CUP BRA

Sokongan penuh dalam menutup penuh payudara di setiap penjuru dada. Lebih kemas dan tidak akan nampak kulit terkeluar. Sesuai untuk payudara bersaiz besar seperti Cup C dan ke atas.

  • CONVERTIBLE BRA

Tali senang laras, boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian busana yang digayakan. Juga selesa untuk pemakaian harian dan memberi sokongan kemas. Sesuai untuk semua jenis saiz.

  • DEMI BRA
See also
Beg Ikonik Longchamp Beri Penghormatan Pada Robert Indiana

Mempunyai potongan separuh, Demi Bra sesuai untuk anda yang bersaiz kecil dan inginkan bentuk payudara terserlah sempurna.Sering dipakai saat menggayakan dress kerana ia memberi efek seolah bentuk payudara lebih montok.

  • PADDED BRA

Bra jenis ini dilengkapi dengan lapisan empuk dan padu berpad dalam mencipta ruang kemas untuk payudara bersaiz kecil seperti Cup C dan ke bawah. Bahagian dada pula akan tampak lebih kemas.

  • T-SHIRT BRA

Direka khas untuk digayakan bersama baju-T. Kerana bra jenis berenda sememangnya tidak sesuai, dan pasti akan timbul pada permukaan kain baju terutama yang nipis atau jarang. Sebagai alternative, pilihlah jenis bra ini kerana rekaan lebih rata dan kemas.

  • SOFTCUP BRA

Kian popular kerana bra jenis softcup bra ini direka tanoa besi kawat. Sesuai dipakai untuk kegunaan harian terutamanya apabila berada di rumah atau dalam keadaan santai.

TRIUMPH LANCARKAN KOLEKSI MUSIM PANAS 2021

Jenama pakaian dalam pilihan wanita di Malaysia, akhirnya melancarkan koleksi istimewa lebih ikonik dan rekaannya serba moden nan kontemporari. Sambil memilih bra yang sesuai, Triumph menampilkan barisan hebat dan boleh dapatkan di laman rasmi Triumph.com

See also
Beg Ikonik CYBILL , Terkini Dari Aigner Koleksi Musim Luruh 2023

Artikel berkaitan Essence by Triumph